WOAH ENTRY BARU WOAH WOAH!

Aku macam dah lame tak menaip sebenarnye. Almaklumlah, jari-jari ni dah manje dengan aktiviti memasak, menjahit, melipat baju, membasuh pinggan, mengemop lantai. Woah! Mithali sangat bunyinye tu. Harharhar. Takde lah. Yang sebetulnye setakat menaip merapu beraban dekat twitter je. *eleh nak promote twitter lettewww. So, jari pun baru nak panas. Tak panas-panas lagi. Nanti-nanti jela aku update entry panjang punya. Hakhak! Ciao!

Peace yawww! ;3

Gelagat manusia di Rumah Hantu.

Atas dasar teruja dan ingin menolong member, aku mengofferkan diri menjadi hantu di rumah hantu kolej di mana aku belajar sekarang. Aku pun ditugaskan menjadi hantu candy. Tau tak? Ala hantu yang sweet dan sedap dimakan tu. Macam kat bawah ni haa.




hantu rumah hantu azwn abd

Memang best jadi candy ni, sekali melompat je sorang menjerit, dua kali melompat je dua orang jerit, so aku pun mengambil inisiatif kalau ade orang datang kat tempat aku yang konon-kononnya jalan keluar tu (padahal jalan mati), aku pun lompat lompat lompat lompat lompat dan diorang pun menjerit jerit jerit jerit jerit ketakotan. Sumpah lawak. Dan untuk menyenang cerita, aku nak menggolongkan serba sedikit manusia yang bertandang ke Rumah Hantu Kg. Baros semalam. Ce citer ce citer.

Diantara golongan-golongan manusia yang masuk semalam adalah seperti berikut :

1. Budak Lelaki.

Budak lelaki ni dia cover macho sket. Almaklum la ade hantu perempuan jugak kat dalam tu. Paling cuak pun setakat buat muke terkejut je bile aku lompat depan dia. Kebanyakan budak lelaki jugak suke tangkap gambar dengan hantu-hantu. Serious terasa macam artis pun ade sekejap sebab boleh senyum lepas tu buat isyarat tangan peaceeeeeeee. Eh tu aku tipu, aku jadi candy tangan kene ikat dowh. -.-

2. Budak Perempuan yang tak reti takut.

Budak perempuan ni diorang kene masuk berlima-lima. Kasi havoc itu rumah hantu sampai aku nak tutup telinga sebab diorang jerit pun tak terdaya. Selalunya dalam 5 orang manusia penakut ni akan ada seorang yang brutal. Badan besar-besar muke garang dan bengis, pastu dia akan jalan depan sekali. Mengepalai yang penakut-penakut ni. Ade ke patut bile aku lompat depan dia, dia boleh bantai tenung lama-lama balik kat muka aku. Musykil sungguh aku sebab aku rasa kalau tengok muke aku sendiri time tu pun aku cuak. Selamba dia je. Aku pulak yang naik cuak. Ade sekali tu pulak, golongan BPYTRT ni, dia boleh bantai pijak kaki aku, dia siku aku sambil buat muke gangster. Nasib la candy ni takde tangan cik kak oi. Kalau tak gua dah tapek kepala lu dah. Kambing.


3. Budak perempuan yang penakut nak mampus.

Yang ni aku paling respect sebab dah tau diri tu penakut nak mampus lagi mau masuk rumah hantu. Takpe la tu, elok jugak untuk suara kot-kot kalau jumpa hantu betul lepas ni boleh jerit lagi kuat ye tak? Haha. Diorang ni biasenye akan jalan pejam mata lepas tunduk bawah sambil pegang bahu member depan pastu cakap, "eeee, takotttttt takottttttt". Pelik betul aku dengan wanita-wanita ni. Kalau la aku boleh rakam dah lame dah aku letak kat blog ni. Kasi gelak ramai-ramai. Ade satu group ni pulak, dia masuk berdua je dengan member dia. Hairan jugak aku diorang masuk berdua. Berani sungguh. Sampai je kat tempat aku yang diorang ingat ade jalan keluar tu, diorang nampak je aku terpacak kat situ terus diorang terduduk kat ceruk tiang sambil tutup-tutup muka. Aku pun pegi la dekat-dekat sambil tu backup hantu aku pun sampai yakni hantu puntianak. Mengilai-ngilai baik punya. Budak dua ekor tu punya jerit, Ya Allah, boleh membuatkan aku nak sepak sorang-sorang pun ade. Macam haram jerit. Krew kitorang suruh bangun cakap pintu keluar kat sana dia boleh bantai geleng-geleng kepala cakap, "takot laaa!". Eh dah tau takot masuk kenape? Ngok. Nasib baik hantu candy takde bunyi, kalau tak memang aku gelak terguling-guling kat situ dah.

Aku rasa lepas ni kalau ade berkesempatan aku boleh jadi hantu lagi memang aku nak jadi. Walaupun berpeluh-peluh, lenjun baju aku kat dalam tu 2 jam dengan tangan berikat, gelagat manusia terjerit-jerit memang aku tak boleh lupa. Handal siodd jerit. Sampaikan ade krew yang
kata, "kuat gila jerit weh. Kau jadi hantu tambahan nak?". Cilake.


P/s : Gorila, hantu beruk takde doe. Kalau tak i dah lame jadi dah. ;3


Cigar.



Rokok.

Bagi aku hisap rokok ni macam bunuh diri. Sebab lame-lame nanti kau boleh mampos sebab dok hari-hari memampatkan asap rokok dalam usus limpa jantung hati segala bagai. Kau mampos bukan sebab orang bunuh kau, tapi sebab kau sendiri yang bunuh diri kau. Kau sendiri yang ghairah nak hisap. Bukan aku yang bagi kau hisap. Kan kan? *eh kenapa bunyi macam lucah? RIDICULOUS!

Tetapi entry kali ni bukan untuk menglistkan ape dia keburukan rokok tetapi sebaliknya. Hahaha.

Diantara kebaikan-kebaikan rokok adalah :

  1. Sebagai ejen penghalau nyamok secara tidak langsung. ( ;3)
  2. Orang sekeliling mengenali kau yang muda. (sebab tak sempat sampai ke tua dah mati)
  3. Tak kan jadi sombong nak mampus macam sesetengah orang kaya. (asyik hari2 beli rokok mane nak kaye ye tak?)
  4. Membantu kerajaan. (harga rokok kan dah naik, memang kerajaan masyuk sebab kau)
  5. Boleh membunuh roomate yang annoying. (dengan merokok di dalam bilik)
  6. Macho kononnya. (kebaikan ke ni?)
  7. Pengubat penyakit tension. (semasa menunggu seseorang, belajar, etc)
  8. Kelihatan matang walaupun umur baru 15. (rokok menpercepatkan proses penuaan. Fakta?)
  9. Sebagai ubat menguruskan badan. ( rokok mngurangkan selera makan. Fakta?)
  10. Penghapus dosa-dosa terdahulu. (bila merokok kene penyakit. sakit kan menghapuskan dosa?)
  11. Tiada dicemuh masyarakat kerana membuang anak luar nikah. (sebab kau mandul! Bhahaha!)


P/s : Akhir kata, majulah rokok untuk ke neraka. Fikir-fikirkan ye?

Well Done Yaw!

Ada bagusnya artis yang tak berapa femes boleh menang. Bukanlah maksud aku dia tak femes cume bak kate orang baru nak 'up' la kalau nak dibandingkan dengan otai-otai yang pernah bolot hadiah Juara Lagu macam Datuk Siti Nurhaliza mahupun Ramlah Rem. Eh eh Ramlah ramlah. Ramlah ram lah??


Pada aku, seseorang artis tu ade class kalau artis tu yang buat lagu sendiri, lirik sendiri, menang sendiri dan bila dia menang dia tak kate,"terima kasih kepada komposer kegemaran saya bla, bla, bla....". Dah macam makanan kegemaran pulak. Dekat situ pun dah boleh nampak yang dia kreatif. Dia buat lagu, lirik dan nyanyi sendiri. Tanpe perlu mengharapkan simpati mahupun empati daripada orang lain bagi merealisasikan gelora nafsu impian yang telah tersemat disanubarinya sejak kecil. Fuhhh ayat.


Oleh itu, tahniah diucapkan kepada Ana Raffali. Walaupun aku tak tengok Anugerah Juara Lagu tadi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku tak pernah dengar pun lagu-lagu dendangan beliau dan aku tak tahu pun lagu ape yang dipertandingkan, tapi aku memang rase dia patut menang. Well done yaw!



ana raffali AJL
umur baru 23, muke pun macam ade iras-iras my Lisa Surihani.
Ermm, nanti ajar i main gitar boleh? Hikhik.



P/s : Secara jujur, aku suka sangat tengok dia berbaju. Berbaju kurung la. Aku belum habis taip lagi. Haihhh korang ni.

Hipokritifikasi!


INI ADALAH LUAHAN HATI IEJAD SAFFUAN. Budak aras aku. Terimalahhhh, jeng jeng jeng!


Salam,

Aku tengok sejak kebelakangan ni semakin banyak wanita yang nak menjadi penghuni neraka(sesetengah sahaja)..Jangan nak tambah populasi sangat la kat dalam tu..Nak dijadikan ceritalah kan..

Walaupun sejak kebelakangan ni aku menjadi berat tulang(prefer untuk tidak menghadiri kuliah dan kelas tutoran)so susah la skit nak nampak aku kat kolej memanjang kat bilik jer,tetapi aku sudah dapat detect satu fenomena dan gejala negatif di kolej aku nie,,(bajet karam singh walia jer)..sekarang aku dah masuk sem 2 dah,dah kenal semua muka student kat kolej nie kan,boleh dikatakan separuh daripadanya aku kenal(bajet friendly jerkan)..so aku ambil inisiatif nak usya apa yang golongan nie buat..dan research aku berjaya..taraaaa..inilah hasilnya,x sangka aku ada bakat dalam dunia siasatan...ker kewartawanan??

FYI la,sem lepas adalah sem yang agak membosankan untuk aku dan agak disgusting..mana tak nya dalam kuliah duduk depan,pergi mana-mana dengan buku,member-member semua noob(kalau boleh spectacles habis gabak,sikat rambut tepek tepi dengan bertan-tan gel rambut dicalet kat rambut diorang ni)then aku klu boleh nak tidur kat library jer(tapi pointer 3.5 jgk)..

In addition,sem lepas aku dapat subjek kemahiran dinamika and agama islam..aku malas nak cakap la pasal kelas dinamika,sebab actually roh aku xder kat situ,jasad jer boleh nampak,eventough satu kelas menjadikan dengkuran aku sebagai bahan ketawa dan aku agak gambar tidur aku dah boleh buat satu album dah and macam-macam posture dah aku buat tapi aku tetap prefer kelas dinamika sebagai kelas tidur..haha..

Sebenarnya aku nak tekankan pasal kelas agama islam nie..

Sem lepas aku dapat ustaz yang kool la kan,boleh masuk kepala gak la tapi kadang-kadang boring gak..ader ketika terlelap la..pastu ustaz mesti tanya,kenapa nie(alasan sama jer every week"malam tadi saya study skit ustaz!!" haha)padahal pada hakikatnya skrin komputer laptop aku dijadikan sebagai tatapan dan makanan mata aku..

Back to our topic. Aku nak cakap gelagat pelajar kolej tuut aku ni dalam menghadiri kelas agama..haha..lebih lagi wanita,bukan semua tau,ini sesetengah jer..masa hari xder kelas agama wanita-wanita malaun nie semua bebas untuk mengibar-ngibarkan kutu mereka,member yang lain tadah jer kan..dalam kuliah bajet tyra bank(tyra banks pon kalah la aku cakap korang)




Diorang ni dah la dok depan(lagi depan dari aku)bajet wanita tekun,lepas tue diorang boleh buat adegan"guna jari pon boleh" ..bukan sekali atau dua kali la..klau boleh diorang nak cecah 3 angka la..dan yang paling tak boleh blah,muka diorang lepas buat aksi terkutuk nie..muka bangga jer..nak cakap dier lawa la..kononnya..haha..memang tak lahh...gelimat lak aku tengok,klu sedap mata memandang boleh la jugak jadi penyejuk mata,nie x..leher berlapis dan berlipat serta ditambah dengan calitan daki-daki yang agak pekat warnanya..haha..klu korang nak tahu,wanita macam mereka nie lah yang menyebabkan orang-orang yang duduk belakang dier,semua x leh belajar,sebab apa..sebab mereka semua nie sibuk mengutuk wanita malaun ni,dah kalau sesi kutuk-mengutuk bermula,memang x belajar la kan..(tapi kuliah aku tetap no satu dalam jurusan aku nie,nak bangga jugaklah,memberi sumbangan kot) =D




Perbuatan mereka ini tidak sekadar terhenti disini..and then bila hari ada kelas agama jer,kaum yang dilakhnat nie terus mencari dan mencekau apa jenis kain sekalipon yang boleh digunakan untuk menutup kandang kutunya itu,asal boleh..haha..menggelabah bana lah jugak diorang ni kan..sebab aper..sebab takut nanti kena perli ngan ustaz,..korang tau lah bila golongan ustaz nie memerlikan..tajam,padat dan mutakhir..ader plak ditambah dengan sedikit rencah keagamaan kat situ kan..semakin meleleh lah kaum wanita malaun nie menadah..haha..then ustaz boleh rilek jer cakap,

ustaz:saya x nak maksudkan sapa-sapa kat sini..ini sekadar renungan..(ayat cover)

haha,memang ayat nak sedapkan ati la kan padahal dah memang ayat ustaz tue direct kena kat dahi si malaun nie..BULLS EYE!haha..walaupun selepas berminggu dikutuk dan dicela masyarakat sekeliling,kaum nie tetap berdegil..masih nak tunjuk gak rambut aku lawa,ea kamon la,ko ingat pompuan yang pakai tudung tue rambut diorang kat dalam tue kerinting ker.???lagi lawa aku rasa dari korang-korang nie(menunjuk pada kaum wanita malaun)..haha

Then pejam,celik,pejam,pejam...

Dah berlalu satu sem,,masuk lak sem yang kedua..memang x lah,ingat dah xder dah gejala ni sebab macam-macam fesyen tudung dah dalam emerging market nie..tapi masih ader seketul dua wanita yang membuat perkara terkutuk ni..yang x boleh blah semakin liar dan menunjukkan belang lah..biasalah..masuk sem 2 kan..bajet senior la..then,aku tengok ader jugak student yang ikut perangai wanita malaun sem lepas nie..time agama jer pakai tudung..tue pon aku rasa bukan tudung kot,macam tuala good morning jer..memanglah,bila orang x biasa pakai kan,beli yang ala kadar sudah,nak pakai sejam jer kot,beli bundle jer lah...

disebabkan aku dah penat untuk menegur dan ,menasihati secara baik(padahal mengutuk dan mencaci)..aku pon retired la..batu besar itu ada dalam kepala kan..dah x boleh nak buat aper dah..heih...[mengeluh panjang]

.fullstop.


P/s : Comment dari aku, Azwn Abd,"Cayalah Iejad , kau boleh jadi blogger berjaya lepas ni." Haha.

Kerek VS Senyum.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan satu statement yang macam membuatkan aku berfikir panjang. Panjangggggggggggg. *sambil depakan tangan luas2. Sebab statement ni melibatkan maruah, air muke dan kredibiliti muke aku untuk senyum.



senyum pemalu

sila click pada gambar untuk tumbesaran.(baca dari bawah ke atas)


Nampak ape dia tulis? HAHA. Mula-mula aku macam tak endah sangat. Layankan aje. Dan dia mesti salah seorang awek yang ade dekat kolej aku. Selalu boleh nampak muke aku, kot. Confirm! Ape kejadah pulak si Lisa Surihani nak nampak aku sampai boleh tahu aku macam tak ambik kesah hal sekeliling kan? Nasib baik aku ade blog. Kalau tak aku la insan paling kerek kat dunia ni. Eh? Macam tu eh? Abaikan.

Aku tak marah pun dan cuba mencari puncanya. Dalam jangka waktu yang aku buat tak endah tu, banyak jugak aku tanya orang,"weh, muke aku muke kerek ke?". Majoriti orang kan cakap,"iye doee, muke kau muke macam sombong. Kerek". Perghhhhh. Satu tamparan hebat kena tang dahi, bertelur dahi.


Penjelasan.

Pertama.

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA, BILE DAH KENAL PERANGAI MACAM CILAKE."


Aku mulakan penjelasan terhadap tohmahan yang muke aku kerek dengan perumpamaan diatas. Kenapa? Sebab actually perangai aku ni agak cilake pada asalnya. Bahasa sopan dan baiknya adalah nakal. Ala standard ah nakal. Lelaki. Kalau tak nakal tu bukan lelaki. Tu nyahhhh nokss.


Kedua.

Aku ni sebenarnya pemalu malu kucing. Lagi-lagi dengan orang yang aku tak kenal. Kalau dah kenal aku selambe je tegur. Siap boleh peluk-peluk arab main laga-laga pipi lagi. *kalau bolehh. Haha. Ape ade hal? Dah kenal. Kalau tak kenal tiba-tiba kau nak pegi laga-laga pipi memang berlagalah pipi kau dengan penumbuk Jerman dia. Gila. Time jalan pun aku suke pandang bawah tak pun pandang pokok-pokok, pandang kucing-kucing dan pandang blok-blok yang macam Prison Break ni. Tak nak aku pandang muke orang. Malu laa.


Ketiga.

Aku memang tak suka menunjukkan minat sangat dengan hal sekeliling. Yang tiada kaitan biarkan ia tiada kaitan. Hal yang macam tak penting malas aku nak ambik tahu. Mengusutkan otak je buat ape. "Nehi-nehi!" bak kate filem hindustan. Tapi kadang-kadang tu kena tahu jugak la benda-benda penting, kalau tak pegi duduk hutan sana belajar sorang-sorang kawan dengan babun bontot pink. Haha. Bontot pink.


Kepada S, saya ingin berterima kasih kerana menegur. Lepas ni kalau jumpa saya buat la muke kerek supaya saya tahu awak yang mane satu. Haha. *gatal sioddd.




P/s : Sorry Ejat Safwan. Entry aku yang ni kene direleasekan dulu. Heee.




Azam 2010. Eh eh, 2011.

Azam baru aku aku tak nak bagitahu sape-sape pun sebab ni azam aku. Biar aku sendiri je tahu. Tak perlu rasenye aku pegi tulis kat status fesbuk,bagitahu semua umat manusia apa azam baru aku. Kalau lisa surihani skype aku merayu-rayu nak tahu ape azam aku, baru aku bagitahu. Ngaaaa.

Aku jugak akan menyampah dan naik geli-gelemen bile ade orang yang tulis status fesbuk macam ni, "Usah kau hiraukan hati yang luka dan lara ini, biarkan aku pergi membawa diri. Biarkan!". Bile orang tanye ape masalah die, die balas, "Tidak perlu kau tanye, di hati ini hanya tuhan yang tahu." Hek eleeee. Tulis status macam kurang kasih sayang, bile orang nak bagi kasih sayang, die buat tahi pulak. Tahi.

Paling syok bile aku tanye orang, "weh, ape azam baru kau? Ouh aku tahu, azam baru kau nak tunaikan azam lame kau yang dah bertahun tak tertunai tu kan?", pastu gelak macam haram. Hahaha. Suke aku mempermainkan azam orang. Bile orang tanye aku ape azam aku, aku chow.


Oleh sebab itu, secara rasminye aku nak bagitahu bahawa azam aku pada tahun 2011 ni adalah untuk MEMPUNYAI AZAM.

Sekian.

Kisah di sebatang jambatan.

Petang tu Ali dan Abu terasa macam best kalau jalan-jalan kat kampung naik kereta waja sambil bukak tingkap. Membazir je pakai air-cond ni. Angin petang memang damai kalau kat kampung-kampung. Kalau boleh sambil jalan tu bukak pintu terus pun lagi cun. Sejuk je. Tambah pulak ade awek berjalan berlenggang macam itik pulang petang memang melengkapkan terus kedamaian petang tu. Hikhik.

Setelah 3-4 round menjelajah satu kampung sebab nak tayang waja baru beli, maka Ali dan Abu pun nak balik. Dah nak maghrib dah pun. Disebabkan nak sampai ke rumah Abu tu ade sebuah jambatan dan tak ade jalan lain, diorang pun terpakse la melalui jambatan yang ade tu. Dah la boleh muat satu kerete je. Usang pulak tu. Kene anak gorila dgn mak gorila menari-nari atas tu rasenye tanpa was-was jambatan tu boleh roboh.

Nak tak nak Ali pun tekan la pedal minyak nak redah jambatan tu. Abu yang duduk kat sebelah dah goyang dah. Gerun. Mane tahu esok kot-kot keluar pulak kat surat khabar muke depan bertajuk, "Dua sahabat baik tenggelam bersama waja kesayangannye di sebuah sungai gara-gara anak gorila dan mak gorila suke menari-nari di atas jambatan sungai tersebut". Kan ke naye?



"Bawak baik-baik Ali, mate pandang depan, focus," ujar si Abu.

"Ye aku tau la. Kau chill je dah. Aku ni sikit lagi je nak jadi pelakon Evolusi KL Drift tu. Nasib je Farid Kamil tu hensem sikit dari aku" balas si Ali tanpe menoleh kiri dan kanan. Focus.



Tiba-tiba...



Ade pulak satu kerete masuk dari depan dah macam tak reti nak sabar gayenye. Nak terberon ke ape. Potong stim betul.



Ali dengan panas hati pun jerit la, "Bro! Rilek dulu ah. Bagi gua lepas dulu!!"

"Ko jangan harap ah aku nak reverse bagi orang bodoh macam ko jalan dulu!!!!" jerit si mangkuk di dalam kereta tersebut. Aiks, Ali pulak yang kene bodoh?

"Kalau macam tu takpe la bro!! Gua gostan dulu!!" balas si Ali.



P/s : Kau paham ke tak cerite ni? Kalau tak paham bace sampai paham.





Coolioooooo!

Cool. Aku sendiri tak tahu aku ni cool ke tak. Yang aku tahu awek-awek suke dekat mamat yang cool, lebih-lebih lagi dekat mamat cool yang badan ketak-ketak macam Jacob. (sikit-sikit Jacob, gay ke ape?)

Jadi cool ni memang macam cool. Kalau mase zaman sekolah, kau akan ade konco-konco yang ramai sebab kau cool. Orang buat lawak tahap pecah usus limpa pun kau hanya tersenyum dan menganggukkan sedikit kepale sedangkan konco-konco kau tengah laga-laga kepale antara satu sama lain. (gile cool!)

Tetapi tidak dinafikan bahawa ke'cool'lan kau tu akan terbantut dek beberapa perkara.

Cool : Kalau status kau kat fesbuk kekal dalam top news 3 minggu berturut-turut tanpa ade tentangan. (kalah Diana Danielle weh)
Yang tak cool : Kalau kau adelah insan yang asyik nak post status baru setiap 8-10 saat. (annoying doe)

Cool : Kalau kau pakai handphone lopek tapi kredit macam dah boleh call telefon rumah Selena Gomez bergayut 5 jam. (will you marry me selena?)
Yang tak cool : Kalau kau kuat pau kredit adik yang darjah 2 tak pun seludup kredit mak bapak malam-malam. (hekeleeeeee)

Cool : Kalau kau pakai motor Honda ex5 dan hanya tahu menuju ke satu jalan yakni jalan ke surau. (style)
Yang tak cool : Kalau kau pakai motor Ducati Ninja la bagai pastu usung anak dara orang sampai ke pagi tak ingat nak subuh. Minyak motor pun anak dara tu yang payung. (beli motor 2nd hand kot)

Cool : Kalau kau adelah awek yang pandai main gitar dan bertudung. (i loikeee)
Yang tak cool : Kalau kau rakam saat-saat diranjang bersama kekasih hati sambil bertudung. (no comment)

Cool : Kalau kau bergaduh sebab nak selamatkan maruah wanita. (hero gadis-gadis kau ni)
Yang tak cool : Kalau kau berubah menjadi wanita bile malam menjelma. (bapok rupanye! haktuihhh!!!)

Cool : Kalau kau bace entry ni tanpa tercicir satu huruf pun.
Yang tak cool : Kalau kau suke bace belog ni atas meja lecturer dalam kuliah time lecturer tengah bersemangat jitu mengajar kat depan. (silap-silap boleh kene penampar jitu. memang jitu)



P/s : Badan aku ni sikit lagi dah nak macam Jacob. Twilight Breaking Down nanti aku jadi Jacob okay?

Pemalas negare.

Malas. Aku selalu jadi pemalas. Memang selalunye aku akan dapat lebih kalau aku rajin. Aku tahu tu. Tapi hakikatnye aku malas. Malas update belog, malas pergi cari awek, senang citer segale-galenye malas ah. Cambest je jadi pemalas ni. Tapi still ade jugak bende yang aku rajin.

Sebagai contoh bile taip sms. Aku memang taip panjangggg-panjangggg sebab tak nak orang salah bace ape yang aku taip. Walaupun aku kadang-kadang kene bahan dengan malaun-malaun sekalian sebab taip 'aku' sedangkan diorang semua taip 'aq'. Dey ape punya loser la kau. Tak payah nak ber aq-aq dengan aku sangat lah kan. Haha. Ampun ampun.

Teringin nak tahu pasal asal-usul malas, google punye google rupenye ade sejenis hormon yang bertakhta dalam diri manusia ni yang menjadikan kite rajin. Hormon tiroid namenye. Apabila terdapat pengurangan dalam penghasilan hormon ni, maka kau pun malas la. Malas buat homework, malas pergi beron(berak), malas mandi pagi nak pergi kelas. Maka layaklah kau dikurniekan darjah kebesaran yang bergelar pemalas negare. Hikhik.

Tapi kadang-kadang rajin pulak kau online fesbuk memenuhkan notisfication orang sampai orang tu remove kau. Kan kan? Kenape? Tak tahu? Ini kerana time tu hormon tu dah bertambah dek terdetiknye perasaan rajin dalam diri kau tu. Konon-kononnye hati kau berdetik macam ni, "eh, online fesbuk pun best jugak ni, pic aku dengan dR. Rozmey time promosi jus mate semalam mesti ramai orang comment. (macam haram)".

Kurang lebih macam tu la. Hormon tiroid dengan perasaan rajin ni die directly proportional. Haaa. Semakin bertambah hormon tiroid maka semakin rajinlah kau. Ade paham? Yeah, budak baru belajar sains darjah 4 pun boleh paham.

Sekarang aku tanak malas-malas dah. Betul.

Lagi satu, aku redha je mase class B.I aku ditertawakan sebab aku cakap aku malas berjalan. Terbang tak boleh ke?