Kerek VS Senyum.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan satu statement yang macam membuatkan aku berfikir panjang. Panjangggggggggggg. *sambil depakan tangan luas2. Sebab statement ni melibatkan maruah, air muke dan kredibiliti muke aku untuk senyum.



senyum pemalu

sila click pada gambar untuk tumbesaran.(baca dari bawah ke atas)


Nampak ape dia tulis? HAHA. Mula-mula aku macam tak endah sangat. Layankan aje. Dan dia mesti salah seorang awek yang ade dekat kolej aku. Selalu boleh nampak muke aku, kot. Confirm! Ape kejadah pulak si Lisa Surihani nak nampak aku sampai boleh tahu aku macam tak ambik kesah hal sekeliling kan? Nasib baik aku ade blog. Kalau tak aku la insan paling kerek kat dunia ni. Eh? Macam tu eh? Abaikan.

Aku tak marah pun dan cuba mencari puncanya. Dalam jangka waktu yang aku buat tak endah tu, banyak jugak aku tanya orang,"weh, muke aku muke kerek ke?". Majoriti orang kan cakap,"iye doee, muke kau muke macam sombong. Kerek". Perghhhhh. Satu tamparan hebat kena tang dahi, bertelur dahi.


Penjelasan.

Pertama.

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA, BILE DAH KENAL PERANGAI MACAM CILAKE."


Aku mulakan penjelasan terhadap tohmahan yang muke aku kerek dengan perumpamaan diatas. Kenapa? Sebab actually perangai aku ni agak cilake pada asalnya. Bahasa sopan dan baiknya adalah nakal. Ala standard ah nakal. Lelaki. Kalau tak nakal tu bukan lelaki. Tu nyahhhh nokss.


Kedua.

Aku ni sebenarnya pemalu malu kucing. Lagi-lagi dengan orang yang aku tak kenal. Kalau dah kenal aku selambe je tegur. Siap boleh peluk-peluk arab main laga-laga pipi lagi. *kalau bolehh. Haha. Ape ade hal? Dah kenal. Kalau tak kenal tiba-tiba kau nak pegi laga-laga pipi memang berlagalah pipi kau dengan penumbuk Jerman dia. Gila. Time jalan pun aku suke pandang bawah tak pun pandang pokok-pokok, pandang kucing-kucing dan pandang blok-blok yang macam Prison Break ni. Tak nak aku pandang muke orang. Malu laa.


Ketiga.

Aku memang tak suka menunjukkan minat sangat dengan hal sekeliling. Yang tiada kaitan biarkan ia tiada kaitan. Hal yang macam tak penting malas aku nak ambik tahu. Mengusutkan otak je buat ape. "Nehi-nehi!" bak kate filem hindustan. Tapi kadang-kadang tu kena tahu jugak la benda-benda penting, kalau tak pegi duduk hutan sana belajar sorang-sorang kawan dengan babun bontot pink. Haha. Bontot pink.


Kepada S, saya ingin berterima kasih kerana menegur. Lepas ni kalau jumpa saya buat la muke kerek supaya saya tahu awak yang mane satu. Haha. *gatal sioddd.




P/s : Sorry Ejat Safwan. Entry aku yang ni kene direleasekan dulu. Heee.




3 comments:

  1. aku baca sebab kena paksa je nie . =='

    aku pon selalu kena cop muka kerek gak !
    'muka macam nak mintak penyepak' baka kata mereka . =='

    ReplyDelete
  2. haha. kau kate la,"kenape xbagi penyepak tu?".

    ReplyDelete