Kecik-kecik dah pandai.

Time kecik-kecik dulu, aku memang comel sangat-sangat. Kalau mak aku tu bawak aku pergi kat tempat kerja dia yang ade orang tua dok pot pet pot pet bergosip sana sini, pipi aku selalu je jadi mangsa dera cubit- cubitan sang tangan-tangan yang tak reti duduk diam dan gersang tengok budak comel macam aku. Pipi gebu, kulit putih, siap ada gigi kapak lagi. Aku buat muka cool je la. Redhakan aje. Kasihan. Ramai member-member mak aku kata aku kena kutip sebab mata aku sepet macam anak cina. Ceyt. Makan dalam beb. Sakit di hati aku, aku je yang tahu. Baik aku duduk rumah main beyblade lagi bagus daripada terngiang-ngiang seharian kat telinga aku, "apek tua mana bagi budak ni kat kau zah? (bukan nama sebenar)".

Dan disebabkan wajah aku yang comel mengalahkan Farid Kamil masa kecik-kecik ni lah membuatkan aku pandai nak feel-feel kat awek-awek sebaya aku masa tu. Bangga aku. Hakhak! Yang penting, muka aku takdelah macam Justin Bieber si lesbian lelaki tersebut. Jatuh standard aku kalau muka macam tu.

Secara wajibnye, aku pun adelah satu feel dekat seorang awek ni mase aku darjah satu. Kelas satu kenangan Sek Keb Sungei Way (sila abaikan nama sekolah ni). Aku cukup feel kat dia ni. Sampai sekarang pun aku rasa aku ingat lagi raut wajah comel si dia. Hikhik. Dia ni pandai sikit je dari aku. Selalu kalau pekse mesti aku dapat no.3. Yang awek ni pulak mesti dapat no.1. Takde la bodoh sangat aku ni. Si mangkok yang selalu dapat no.2 pulak memang saje je nak pisahkan aku dengan awek tu. Tak bagi can langsung. Cilake punye budak. Sampai ke akhir tahun la aku asyik dapat no.3 je dalam kelas. Macam haram.

Masuk darjah dua, aku pun pindah sekolah sebab aku kena pindah rumah. Terpisahlah aku daripada awek comel tu. Firasat aku jugak kuat mengatakan bahawa budak yang selalu pekse dapat no.2 tu pun ade hati kat awek aku tu. Yang ni memang nenek segale cilake.

Buat si awek

Awak, andai kate awak tertemu dan terbace blog ni, kenangkanlah saat-saat kita bergurau main baling-baling kotak pensil power rangers awak selepas habis kite pekse. Parut peninggalan akibat balingan awak yang amat dasyat itu masih jelas ni kening saya sehingga ke hari ini. Sekian.

Kalau tak salah ilmu matematik aku, berat badan awek aku tu masa tu adelah lebih kurang 50 kilo. Was was jugak aku post mende ni sebenarnye. Mane tahu sekarang dah jadi 150 kilo. Kalau dia dapat tahu, ni lah entry pertama dan terakhir aku.

1 comment: