Sebab penyebab.

Manusia dikurniakan dengan akal fikiran yang stylo. Bila selalu berfikir, sel-sel di dalam hotak kau pun akan bersambung,bersambung dan bersambung. Kau pun semakin pandai dan berfikir bahawa penangan bau kentut kau tu tak setaraf baunya dengan minyak atarr yang pakcik-pakcik pakai time nak pergi sembahyang tu. Of course!

Macam satu hari tu, aku pun hang out la dengan member-member aku dekat Sunway Pyramid. Ade satu group gadis-gadis ni pandang aku sampai teleng-teleng kepala. Tu baru gadis, tak termasuk mak-mak dan nenek-nenek gadis yang vouge lagi.

Lantas aku pun membuat konklusi..

Ade dua sebab orang akan pandang kite sampai macam tu sekali. Sebab penyebab pertama, kau kelihatan pelik tak kirelah dari segi pemakaian atau cara berjalan dan sebab ke-2 ialah kau berhati suci. Ulang ayat, SUCI. *disertai dengan muke suci

Kebetulan mase tu aku pun nak ke tandas. Belek-belek muke dan pakaian aku depan cermin dari hujung rambut sampai hujung bulu kaki nampaknya tiada yang rare. Semuanya tersemat indah, rambut tersikat rapi macam time kecik-kecik mak tolong sikatkan sebelum pergi sekolah. Ah, aku rindu time tu.

Jadi aku buat keputusan muktamad pilih sebab ke-2!




2 comments: