Pemalas negare.

Malas. Aku selalu jadi pemalas. Memang selalunye aku akan dapat lebih kalau aku rajin. Aku tahu tu. Tapi hakikatnye aku malas. Malas update belog, malas pergi cari awek, senang citer segale-galenye malas ah. Cambest je jadi pemalas ni. Tapi still ade jugak bende yang aku rajin.

Sebagai contoh bile taip sms. Aku memang taip panjangggg-panjangggg sebab tak nak orang salah bace ape yang aku taip. Walaupun aku kadang-kadang kene bahan dengan malaun-malaun sekalian sebab taip 'aku' sedangkan diorang semua taip 'aq'. Dey ape punya loser la kau. Tak payah nak ber aq-aq dengan aku sangat lah kan. Haha. Ampun ampun.

Teringin nak tahu pasal asal-usul malas, google punye google rupenye ade sejenis hormon yang bertakhta dalam diri manusia ni yang menjadikan kite rajin. Hormon tiroid namenye. Apabila terdapat pengurangan dalam penghasilan hormon ni, maka kau pun malas la. Malas buat homework, malas pergi beron(berak), malas mandi pagi nak pergi kelas. Maka layaklah kau dikurniekan darjah kebesaran yang bergelar pemalas negare. Hikhik.

Tapi kadang-kadang rajin pulak kau online fesbuk memenuhkan notisfication orang sampai orang tu remove kau. Kan kan? Kenape? Tak tahu? Ini kerana time tu hormon tu dah bertambah dek terdetiknye perasaan rajin dalam diri kau tu. Konon-kononnye hati kau berdetik macam ni, "eh, online fesbuk pun best jugak ni, pic aku dengan dR. Rozmey time promosi jus mate semalam mesti ramai orang comment. (macam haram)".

Kurang lebih macam tu la. Hormon tiroid dengan perasaan rajin ni die directly proportional. Haaa. Semakin bertambah hormon tiroid maka semakin rajinlah kau. Ade paham? Yeah, budak baru belajar sains darjah 4 pun boleh paham.

Sekarang aku tanak malas-malas dah. Betul.

Lagi satu, aku redha je mase class B.I aku ditertawakan sebab aku cakap aku malas berjalan. Terbang tak boleh ke?


No comments:

Post a Comment