Coolioooooo!

Cool. Aku sendiri tak tahu aku ni cool ke tak. Yang aku tahu awek-awek suke dekat mamat yang cool, lebih-lebih lagi dekat mamat cool yang badan ketak-ketak macam Jacob. (sikit-sikit Jacob, gay ke ape?)

Jadi cool ni memang macam cool. Kalau mase zaman sekolah, kau akan ade konco-konco yang ramai sebab kau cool. Orang buat lawak tahap pecah usus limpa pun kau hanya tersenyum dan menganggukkan sedikit kepale sedangkan konco-konco kau tengah laga-laga kepale antara satu sama lain. (gile cool!)

Tetapi tidak dinafikan bahawa ke'cool'lan kau tu akan terbantut dek beberapa perkara.

Cool : Kalau status kau kat fesbuk kekal dalam top news 3 minggu berturut-turut tanpa ade tentangan. (kalah Diana Danielle weh)
Yang tak cool : Kalau kau adelah insan yang asyik nak post status baru setiap 8-10 saat. (annoying doe)

Cool : Kalau kau pakai handphone lopek tapi kredit macam dah boleh call telefon rumah Selena Gomez bergayut 5 jam. (will you marry me selena?)
Yang tak cool : Kalau kau kuat pau kredit adik yang darjah 2 tak pun seludup kredit mak bapak malam-malam. (hekeleeeeee)

Cool : Kalau kau pakai motor Honda ex5 dan hanya tahu menuju ke satu jalan yakni jalan ke surau. (style)
Yang tak cool : Kalau kau pakai motor Ducati Ninja la bagai pastu usung anak dara orang sampai ke pagi tak ingat nak subuh. Minyak motor pun anak dara tu yang payung. (beli motor 2nd hand kot)

Cool : Kalau kau adelah awek yang pandai main gitar dan bertudung. (i loikeee)
Yang tak cool : Kalau kau rakam saat-saat diranjang bersama kekasih hati sambil bertudung. (no comment)

Cool : Kalau kau bergaduh sebab nak selamatkan maruah wanita. (hero gadis-gadis kau ni)
Yang tak cool : Kalau kau berubah menjadi wanita bile malam menjelma. (bapok rupanye! haktuihhh!!!)

Cool : Kalau kau bace entry ni tanpa tercicir satu huruf pun.
Yang tak cool : Kalau kau suke bace belog ni atas meja lecturer dalam kuliah time lecturer tengah bersemangat jitu mengajar kat depan. (silap-silap boleh kene penampar jitu. memang jitu)



P/s : Badan aku ni sikit lagi dah nak macam Jacob. Twilight Breaking Down nanti aku jadi Jacob okay?

1 comment:

  1. kau twilight ka, maghrib ka, kau tak kan jd jacob jugak!

    ReplyDelete