Gigi saya.

Kekusyukan mentelaah menatang google ni selama berjam-jam jelas membuatkan pale hotak aku berpinar-pinar kejap. Tingtong beb. Lame sangat mengadap laptop gamaknye. Bende yang aku nak cari dekat perpustakaan dunia termasyur tu tak jugak jumpe-jumpe. Main sorok-sorok ke ape.

Ha! Cakap pasal sorok-sorok, kau pernah tak sorok gigi kau yang dah tercabut tu bawah bantal mase kecik-kecik dulu? (sumpah intro nak masuk cerita macam haram) Ala, macam cerita Tooth Fairy tu la. Kunun-kunun nanti besok pagi gigi kau jadi duit seringgit syiling sebab ade fairy tukarkan jadi duit pastu kau pegi kedai tikam main tikam-tikam.

Kat sekolah aku tu, hari-hari macam ade je yang patah gigi. Yela, time tu nak membesar kan. Nak tumbuh gigi baru. Gigi kapak yang membezakan aku dengan budak lain pun turut terkorban sama. Sob sob. Macam-macam skill nak cabut gigi aku dengar, ada yang tanggalkan gigi gune benang ikat kat pintu la, tercabut sebab terkena gasing libasan maut pun ade. Dasyat budak-budak ni. Lagi style, sambil makan keropok lekor pun ade yang tertelan gigi sebab keropok lekor tu keras nak mampus macam titanium. Aku la tu.

Member-member kelas aku pulak mase tu mule la nak belajar kencing (tipu) orang. Ni antara perbualannya apabila cikgu cabut dari kelas.

Kawan 1 : Weh weh weh! (semua berkerumun) Kau tau, malam tadi kan, aku letak gigi aku yang patah ni kat bawah bantal sebab emak aku suruh (sambil semangat nganga luas-luas). Pagi ni aku tengok-tengok dah jadi duit singgit wehhh.. (tunjuk duit seringgit syiling)

Kawan 2 : Ala kau, gebang je lebih. Mak kau yang tukar gigi kau tu dengan duit mase kau tido. Kau mane sedar, ngokkkk. (yang ni cilake sikit perangai)

Kawan 1 : Betul laaa. Kau tak pecaye kau buat ah. Kalau
success, kau kene buatkan homework untuk aku sebulan. Amacam? (pergghh, kerek)

Langsung aku yang berada dikalangan kanak-kanak cetek akal itu pun terpedaya, ternoda dan terkesima. Ciss. Aku pun mempraktikkanlah perkara syirik tersebut untuk hampir 20batang gigi aku bila tertanggal . Tapi takde satu pun gigi tu bertukar jadi duit. Damn, aku kene tipu! Biasalah kecik-kecik kan, tak pandai fikir lagi, spender pun tengah pakai kat luar lagi mase tu time malam-malam.

Dan aku pun mula rasa bersalah teramat sangat terhadap gigi-gigi yang aku telah khianati kerana akhirnya tempat mereka adalah dikalangan nasi-nasi basi, air soda masam, plastik keropok Super Ring dan sebagainya iaitu di dalam tong sampah. Aku buang jela bile dah seminggu dia tak bertukar jadi duit. Saya mintak maaf gigi.



Tu la rupe aku mase tu. Hehe.






P/s : Mak aku pernah cakap, kalau kite baling gigi yang dah tercabut tu kat atas atap, nanti bile besar kite pandai buat rumah, jadi arkitek. Berani? Cubalah!




1 comment: