Bende free.

Segala keterujaan untuk aku mengupdate blog kebelakangan ini tergundah gulana gara-gara kepupusan laptop dan ketandusan source internet dari pihak-pihak berwajib. Cilake. Tengah aku syiok-syiok bersemangat jitu nak update blog 10kali sehari semalam boleh plak ade masalah yang mendatang. Jeles ah tu. Hikhik.


Dan kurang seminggu dari sekarang, elaun dari kerajaan akan sampai sekaligus melayang-layang masuk dalam kad bank aku sebanyak RM ********.99 woo! Terbaik ah. Star tu saje je aku tambah bagi nampak banyak sikit. Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu elaun dan ingat ianya adalah sejenis skill memotong timun, sukacita dimaklumkan bahawa anda bangang. Aku rasa nak beli laptop sorang-sorang macam terlebih cukup je duit tu. Melimpah ruah. So aku nak tahu ni sape nak aku belanje dia laptop angkat siku cepat. Okay ketika kau bau weh. Haha.


Kepada yang berminat untuk terima hadiah sebuah laptop MAC bercapasiti 1000MG kuasa kuda sempena Hari Santa Claus penipu hujung bulan ni, sila pergi ke link ini untuk mendaftarkan segala butir-butir peribadi anda. Serious.

Semoga berjaya!

1 comment:

  1. sengal,
    saya pergi tekan link pulak uh
    sbb percaya! ahh tidak!

    ReplyDelete