Gelagat manusia di Rumah Hantu.

Atas dasar teruja dan ingin menolong member, aku mengofferkan diri menjadi hantu di rumah hantu kolej di mana aku belajar sekarang. Aku pun ditugaskan menjadi hantu candy. Tau tak? Ala hantu yang sweet dan sedap dimakan tu. Macam kat bawah ni haa.




hantu rumah hantu azwn abd

Memang best jadi candy ni, sekali melompat je sorang menjerit, dua kali melompat je dua orang jerit, so aku pun mengambil inisiatif kalau ade orang datang kat tempat aku yang konon-kononnya jalan keluar tu (padahal jalan mati), aku pun lompat lompat lompat lompat lompat dan diorang pun menjerit jerit jerit jerit jerit ketakotan. Sumpah lawak. Dan untuk menyenang cerita, aku nak menggolongkan serba sedikit manusia yang bertandang ke Rumah Hantu Kg. Baros semalam. Ce citer ce citer.

Diantara golongan-golongan manusia yang masuk semalam adalah seperti berikut :

1. Budak Lelaki.

Budak lelaki ni dia cover macho sket. Almaklum la ade hantu perempuan jugak kat dalam tu. Paling cuak pun setakat buat muke terkejut je bile aku lompat depan dia. Kebanyakan budak lelaki jugak suke tangkap gambar dengan hantu-hantu. Serious terasa macam artis pun ade sekejap sebab boleh senyum lepas tu buat isyarat tangan peaceeeeeeee. Eh tu aku tipu, aku jadi candy tangan kene ikat dowh. -.-

2. Budak Perempuan yang tak reti takut.

Budak perempuan ni diorang kene masuk berlima-lima. Kasi havoc itu rumah hantu sampai aku nak tutup telinga sebab diorang jerit pun tak terdaya. Selalunya dalam 5 orang manusia penakut ni akan ada seorang yang brutal. Badan besar-besar muke garang dan bengis, pastu dia akan jalan depan sekali. Mengepalai yang penakut-penakut ni. Ade ke patut bile aku lompat depan dia, dia boleh bantai tenung lama-lama balik kat muka aku. Musykil sungguh aku sebab aku rasa kalau tengok muke aku sendiri time tu pun aku cuak. Selamba dia je. Aku pulak yang naik cuak. Ade sekali tu pulak, golongan BPYTRT ni, dia boleh bantai pijak kaki aku, dia siku aku sambil buat muke gangster. Nasib la candy ni takde tangan cik kak oi. Kalau tak gua dah tapek kepala lu dah. Kambing.


3. Budak perempuan yang penakut nak mampus.

Yang ni aku paling respect sebab dah tau diri tu penakut nak mampus lagi mau masuk rumah hantu. Takpe la tu, elok jugak untuk suara kot-kot kalau jumpa hantu betul lepas ni boleh jerit lagi kuat ye tak? Haha. Diorang ni biasenye akan jalan pejam mata lepas tunduk bawah sambil pegang bahu member depan pastu cakap, "eeee, takotttttt takottttttt". Pelik betul aku dengan wanita-wanita ni. Kalau la aku boleh rakam dah lame dah aku letak kat blog ni. Kasi gelak ramai-ramai. Ade satu group ni pulak, dia masuk berdua je dengan member dia. Hairan jugak aku diorang masuk berdua. Berani sungguh. Sampai je kat tempat aku yang diorang ingat ade jalan keluar tu, diorang nampak je aku terpacak kat situ terus diorang terduduk kat ceruk tiang sambil tutup-tutup muka. Aku pun pegi la dekat-dekat sambil tu backup hantu aku pun sampai yakni hantu puntianak. Mengilai-ngilai baik punya. Budak dua ekor tu punya jerit, Ya Allah, boleh membuatkan aku nak sepak sorang-sorang pun ade. Macam haram jerit. Krew kitorang suruh bangun cakap pintu keluar kat sana dia boleh bantai geleng-geleng kepala cakap, "takot laaa!". Eh dah tau takot masuk kenape? Ngok. Nasib baik hantu candy takde bunyi, kalau tak memang aku gelak terguling-guling kat situ dah.

Aku rasa lepas ni kalau ade berkesempatan aku boleh jadi hantu lagi memang aku nak jadi. Walaupun berpeluh-peluh, lenjun baju aku kat dalam tu 2 jam dengan tangan berikat, gelagat manusia terjerit-jerit memang aku tak boleh lupa. Handal siodd jerit. Sampaikan ade krew yang
kata, "kuat gila jerit weh. Kau jadi hantu tambahan nak?". Cilake.


P/s : Gorila, hantu beruk takde doe. Kalau tak i dah lame jadi dah. ;3