Kisah di sebatang jambatan.

Petang tu Ali dan Abu terasa macam best kalau jalan-jalan kat kampung naik kereta waja sambil bukak tingkap. Membazir je pakai air-cond ni. Angin petang memang damai kalau kat kampung-kampung. Kalau boleh sambil jalan tu bukak pintu terus pun lagi cun. Sejuk je. Tambah pulak ade awek berjalan berlenggang macam itik pulang petang memang melengkapkan terus kedamaian petang tu. Hikhik.

Setelah 3-4 round menjelajah satu kampung sebab nak tayang waja baru beli, maka Ali dan Abu pun nak balik. Dah nak maghrib dah pun. Disebabkan nak sampai ke rumah Abu tu ade sebuah jambatan dan tak ade jalan lain, diorang pun terpakse la melalui jambatan yang ade tu. Dah la boleh muat satu kerete je. Usang pulak tu. Kene anak gorila dgn mak gorila menari-nari atas tu rasenye tanpa was-was jambatan tu boleh roboh.

Nak tak nak Ali pun tekan la pedal minyak nak redah jambatan tu. Abu yang duduk kat sebelah dah goyang dah. Gerun. Mane tahu esok kot-kot keluar pulak kat surat khabar muke depan bertajuk, "Dua sahabat baik tenggelam bersama waja kesayangannye di sebuah sungai gara-gara anak gorila dan mak gorila suke menari-nari di atas jambatan sungai tersebut". Kan ke naye?



"Bawak baik-baik Ali, mate pandang depan, focus," ujar si Abu.

"Ye aku tau la. Kau chill je dah. Aku ni sikit lagi je nak jadi pelakon Evolusi KL Drift tu. Nasib je Farid Kamil tu hensem sikit dari aku" balas si Ali tanpe menoleh kiri dan kanan. Focus.



Tiba-tiba...



Ade pulak satu kerete masuk dari depan dah macam tak reti nak sabar gayenye. Nak terberon ke ape. Potong stim betul.



Ali dengan panas hati pun jerit la, "Bro! Rilek dulu ah. Bagi gua lepas dulu!!"

"Ko jangan harap ah aku nak reverse bagi orang bodoh macam ko jalan dulu!!!!" jerit si mangkuk di dalam kereta tersebut. Aiks, Ali pulak yang kene bodoh?

"Kalau macam tu takpe la bro!! Gua gostan dulu!!" balas si Ali.



P/s : Kau paham ke tak cerite ni? Kalau tak paham bace sampai paham.





Coolioooooo!

Cool. Aku sendiri tak tahu aku ni cool ke tak. Yang aku tahu awek-awek suke dekat mamat yang cool, lebih-lebih lagi dekat mamat cool yang badan ketak-ketak macam Jacob. (sikit-sikit Jacob, gay ke ape?)

Jadi cool ni memang macam cool. Kalau mase zaman sekolah, kau akan ade konco-konco yang ramai sebab kau cool. Orang buat lawak tahap pecah usus limpa pun kau hanya tersenyum dan menganggukkan sedikit kepale sedangkan konco-konco kau tengah laga-laga kepale antara satu sama lain. (gile cool!)

Tetapi tidak dinafikan bahawa ke'cool'lan kau tu akan terbantut dek beberapa perkara.

Cool : Kalau status kau kat fesbuk kekal dalam top news 3 minggu berturut-turut tanpa ade tentangan. (kalah Diana Danielle weh)
Yang tak cool : Kalau kau adelah insan yang asyik nak post status baru setiap 8-10 saat. (annoying doe)

Cool : Kalau kau pakai handphone lopek tapi kredit macam dah boleh call telefon rumah Selena Gomez bergayut 5 jam. (will you marry me selena?)
Yang tak cool : Kalau kau kuat pau kredit adik yang darjah 2 tak pun seludup kredit mak bapak malam-malam. (hekeleeeeee)

Cool : Kalau kau pakai motor Honda ex5 dan hanya tahu menuju ke satu jalan yakni jalan ke surau. (style)
Yang tak cool : Kalau kau pakai motor Ducati Ninja la bagai pastu usung anak dara orang sampai ke pagi tak ingat nak subuh. Minyak motor pun anak dara tu yang payung. (beli motor 2nd hand kot)

Cool : Kalau kau adelah awek yang pandai main gitar dan bertudung. (i loikeee)
Yang tak cool : Kalau kau rakam saat-saat diranjang bersama kekasih hati sambil bertudung. (no comment)

Cool : Kalau kau bergaduh sebab nak selamatkan maruah wanita. (hero gadis-gadis kau ni)
Yang tak cool : Kalau kau berubah menjadi wanita bile malam menjelma. (bapok rupanye! haktuihhh!!!)

Cool : Kalau kau bace entry ni tanpa tercicir satu huruf pun.
Yang tak cool : Kalau kau suke bace belog ni atas meja lecturer dalam kuliah time lecturer tengah bersemangat jitu mengajar kat depan. (silap-silap boleh kene penampar jitu. memang jitu)



P/s : Badan aku ni sikit lagi dah nak macam Jacob. Twilight Breaking Down nanti aku jadi Jacob okay?

Pemalas negare.

Malas. Aku selalu jadi pemalas. Memang selalunye aku akan dapat lebih kalau aku rajin. Aku tahu tu. Tapi hakikatnye aku malas. Malas update belog, malas pergi cari awek, senang citer segale-galenye malas ah. Cambest je jadi pemalas ni. Tapi still ade jugak bende yang aku rajin.

Sebagai contoh bile taip sms. Aku memang taip panjangggg-panjangggg sebab tak nak orang salah bace ape yang aku taip. Walaupun aku kadang-kadang kene bahan dengan malaun-malaun sekalian sebab taip 'aku' sedangkan diorang semua taip 'aq'. Dey ape punya loser la kau. Tak payah nak ber aq-aq dengan aku sangat lah kan. Haha. Ampun ampun.

Teringin nak tahu pasal asal-usul malas, google punye google rupenye ade sejenis hormon yang bertakhta dalam diri manusia ni yang menjadikan kite rajin. Hormon tiroid namenye. Apabila terdapat pengurangan dalam penghasilan hormon ni, maka kau pun malas la. Malas buat homework, malas pergi beron(berak), malas mandi pagi nak pergi kelas. Maka layaklah kau dikurniekan darjah kebesaran yang bergelar pemalas negare. Hikhik.

Tapi kadang-kadang rajin pulak kau online fesbuk memenuhkan notisfication orang sampai orang tu remove kau. Kan kan? Kenape? Tak tahu? Ini kerana time tu hormon tu dah bertambah dek terdetiknye perasaan rajin dalam diri kau tu. Konon-kononnye hati kau berdetik macam ni, "eh, online fesbuk pun best jugak ni, pic aku dengan dR. Rozmey time promosi jus mate semalam mesti ramai orang comment. (macam haram)".

Kurang lebih macam tu la. Hormon tiroid dengan perasaan rajin ni die directly proportional. Haaa. Semakin bertambah hormon tiroid maka semakin rajinlah kau. Ade paham? Yeah, budak baru belajar sains darjah 4 pun boleh paham.

Sekarang aku tanak malas-malas dah. Betul.

Lagi satu, aku redha je mase class B.I aku ditertawakan sebab aku cakap aku malas berjalan. Terbang tak boleh ke?


Jiwangkah aku?

Aku dah jatuh cinta kene tackle dengan lagu ni. Damn!

AUBURN-Perfect Two

You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'


Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry


Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two


You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together


Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry


Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two


You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle


Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry


Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us of us (of us)
And were the perfect two

Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah)





Part "yeah, yeah" tu aku meremang. Tak tahu kenape. Penyanyi dia dah mati kot? Haish! Mulut jangan cabul.



Jom ramai-ramai!

Bukak-bukak fesbuk aku jumpa bende baru. Wow. Macam best. Serious. Tak nak cerita panjang lebar kat sini. Jom usha!
Ini adalah satu pusat untuk melancarkan proses blogwalking dalam masa yang singkat. Cambest kott. Sesiapa yang musykil dan berperasaan ingin tahu tahap nak mintak penyepak jepon, boleh la pergi ke link ni bace puas-puas ye. Syarat dan terma pula di link ini.


Saya suka berblogwalking kerana blogwalking membuatkan saya kagum apabila berjumpa blog-blog yang hasil tulisannya mampu membuatkan orang ketawa berdekah-dekah sekaligus boleh menghilangkan sebentar segala masalah pembaca.

Fazlianafakhrul, Izzyannawwarah, dan Nisasofya. Sila-sila.

Gigi saya.

Kekusyukan mentelaah menatang google ni selama berjam-jam jelas membuatkan pale hotak aku berpinar-pinar kejap. Tingtong beb. Lame sangat mengadap laptop gamaknye. Bende yang aku nak cari dekat perpustakaan dunia termasyur tu tak jugak jumpe-jumpe. Main sorok-sorok ke ape.

Ha! Cakap pasal sorok-sorok, kau pernah tak sorok gigi kau yang dah tercabut tu bawah bantal mase kecik-kecik dulu? (sumpah intro nak masuk cerita macam haram) Ala, macam cerita Tooth Fairy tu la. Kunun-kunun nanti besok pagi gigi kau jadi duit seringgit syiling sebab ade fairy tukarkan jadi duit pastu kau pegi kedai tikam main tikam-tikam.

Kat sekolah aku tu, hari-hari macam ade je yang patah gigi. Yela, time tu nak membesar kan. Nak tumbuh gigi baru. Gigi kapak yang membezakan aku dengan budak lain pun turut terkorban sama. Sob sob. Macam-macam skill nak cabut gigi aku dengar, ada yang tanggalkan gigi gune benang ikat kat pintu la, tercabut sebab terkena gasing libasan maut pun ade. Dasyat budak-budak ni. Lagi style, sambil makan keropok lekor pun ade yang tertelan gigi sebab keropok lekor tu keras nak mampus macam titanium. Aku la tu.

Member-member kelas aku pulak mase tu mule la nak belajar kencing (tipu) orang. Ni antara perbualannya apabila cikgu cabut dari kelas.

Kawan 1 : Weh weh weh! (semua berkerumun) Kau tau, malam tadi kan, aku letak gigi aku yang patah ni kat bawah bantal sebab emak aku suruh (sambil semangat nganga luas-luas). Pagi ni aku tengok-tengok dah jadi duit singgit wehhh.. (tunjuk duit seringgit syiling)

Kawan 2 : Ala kau, gebang je lebih. Mak kau yang tukar gigi kau tu dengan duit mase kau tido. Kau mane sedar, ngokkkk. (yang ni cilake sikit perangai)

Kawan 1 : Betul laaa. Kau tak pecaye kau buat ah. Kalau
success, kau kene buatkan homework untuk aku sebulan. Amacam? (pergghh, kerek)

Langsung aku yang berada dikalangan kanak-kanak cetek akal itu pun terpedaya, ternoda dan terkesima. Ciss. Aku pun mempraktikkanlah perkara syirik tersebut untuk hampir 20batang gigi aku bila tertanggal . Tapi takde satu pun gigi tu bertukar jadi duit. Damn, aku kene tipu! Biasalah kecik-kecik kan, tak pandai fikir lagi, spender pun tengah pakai kat luar lagi mase tu time malam-malam.

Dan aku pun mula rasa bersalah teramat sangat terhadap gigi-gigi yang aku telah khianati kerana akhirnya tempat mereka adalah dikalangan nasi-nasi basi, air soda masam, plastik keropok Super Ring dan sebagainya iaitu di dalam tong sampah. Aku buang jela bile dah seminggu dia tak bertukar jadi duit. Saya mintak maaf gigi.



Tu la rupe aku mase tu. Hehe.






P/s : Mak aku pernah cakap, kalau kite baling gigi yang dah tercabut tu kat atas atap, nanti bile besar kite pandai buat rumah, jadi arkitek. Berani? Cubalah!




Saling tak tumpah.

Hari ahad macam ni memang mak-mak kat rumah tu biasanya tengah sedap layan cerita typical melayu siang-siang. Si ayah pulak sedang penuh teruja memberus tayar kereta Inspira yang saling tak tumpah macam Lancer cuma lambang dia je tampal Proton punya. Dan bagi student macam aku, hari ahad la banyak masa terluang untuk aku tido, mimpi jadi Mark Zuckerberg buat fesbuk dan jadi kaya raya macam nak gile.

Tetapi pagi tadi tido berkualiti yang aku harapkan hampir menuju kejayaan yang mutlak sebelum ade beberapa malaun yang menjerit-jerit kemintakpenyepakan. Cilake. Menjerit sekali terus senyap tak ape, aku boleh tido balik. Tapi ni tak, dia akan berlanjutan setiap 3 minit. Annoying gile.

Dan suatu masa dulu, bende ni saling tak tumpah macam satu iklan ni.




Iklan keropok Mony.

Bende free.

Segala keterujaan untuk aku mengupdate blog kebelakangan ini tergundah gulana gara-gara kepupusan laptop dan ketandusan source internet dari pihak-pihak berwajib. Cilake. Tengah aku syiok-syiok bersemangat jitu nak update blog 10kali sehari semalam boleh plak ade masalah yang mendatang. Jeles ah tu. Hikhik.


Dan kurang seminggu dari sekarang, elaun dari kerajaan akan sampai sekaligus melayang-layang masuk dalam kad bank aku sebanyak RM ********.99 woo! Terbaik ah. Star tu saje je aku tambah bagi nampak banyak sikit. Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu elaun dan ingat ianya adalah sejenis skill memotong timun, sukacita dimaklumkan bahawa anda bangang. Aku rasa nak beli laptop sorang-sorang macam terlebih cukup je duit tu. Melimpah ruah. So aku nak tahu ni sape nak aku belanje dia laptop angkat siku cepat. Okay ketika kau bau weh. Haha.


Kepada yang berminat untuk terima hadiah sebuah laptop MAC bercapasiti 1000MG kuasa kuda sempena Hari Santa Claus penipu hujung bulan ni, sila pergi ke link ini untuk mendaftarkan segala butir-butir peribadi anda. Serious.

Semoga berjaya!

Iye kan ajee.

"Weh weh, ko pernah terfikir tak?"

"Terfikir ape?"

"Menurut statistik, dekat China, seorang bayi dilahirkan hampir setiap setengah jam."

"Owh ea? Aku fikir mak budak tu mesti dah bosan melahirkan budak tu kan."




Bangsat ape?